Memori

Memori 11: Omongan Aidilfitri 2014


Sudah lama saya tidak berkesempatan untuk menulis, walaupun saya sangat suka menulis. Bila saya menulis, saya rasa puas kerana dapat memerah fikiran. Dengarnya penulis yang baik itu ialah penulis yang sampai keluar peluh dingin kerana berkonstransi penuh dalam befikir. Ada juga tokoh ilmuan kita menulis sambal marah-marah. Bukan marah pada individu tertentu, tetapi marah dalam berdialog dengan diri sendiri dalam usaha mencambahkan ide.

Saya sangat terhibur membaca tulisan Prof. Dr. Abdul Hamid, sdr Umat Lokman dan sdr. Badrul Hisham aka Budud. Tulisan yang bersahaja ini mengingatkan zaman ‘innocence’ kita sebagai anak remaja yang ingin tahu dan ingin mencuba. Mungkin ada yang mempersoalkan apa sangat perlunya kita mengingatkan kisah-kisah lama? Atau ‘direct to the point’ kenapa kita perlu untuk menerbitkan edisi PESAKASTJ8185 lepas 30 tahun?

Ini mengingatkan saya akan persoalan apa guna kita belajar sejarah. Ada pihak mengatakan biarlah perkara yang lepas itu berlalu dan kita terus mara menuju kedepan. Mungkin agaknya individu tersebut tidak dapat membezakan antara sejarah dan pengalaman peribadi yang mungkin tidak enak untuk diingati. Sejarah menurut ahli failasuf ialah seperti lampu-lampu yang memandu kita untuk bergerak kehadapan. Mereka yang tidak merujuk kepada sejarah adalah umpama pengembara yang berjalan dimalam gelap. Kalau kita melihat ke negara maju, mereka memelihara bahan-bahan sejarah khususnya bangunan sebagai ingatan kepada generasi yang akan datang. Saya pernah terbaca iklan jualan sebuah rumah dikota besar, mereka mempromosi siapa yang pernah duduk di rumah itu 100 tahun yang lalu. Harga rumah itu mahal bukan sahaja kerana lokasinya, tetapi juga kerana tokoh yang pernah duduk di rumah itu.

Jadi, bagaimana pula PESAKASTJ8185 edisi 30 tahun kita ini akan menjadi ‘lampu-lampu’ penunjuk jalan? Susah juga untuk menjawabnya. Bukankah kita hanya buat untuk suka-suka sahaja. Sebagai ole-ole untuk anak-anak. Nah…itulah jawabannya, sebagai ‘ole-ole untuk anak-anak.’ Kenapa pula anak-anak perlu tahu sejarah kita? Apa pentingnya STJ8185 dalam kehidupan mereka? Mereka pun ada alumni sendiri.

Saya mungkin tidak dapat menjawabnya bagi pihak teman-teman semua, tapi saya boleh menjawabnya untuk diri saya sendiri. Salah satu perkara yang saya tidak dapat tunaikan dalam hidup saya ialah saya tidak dapat berbakti kepada teman-teman arwah ayah saya. Terlalu lama di luar negara dan kemudian sibuk dengan kerjaya menyebabkan saya tidak berkesempatan menemui teman-teman arwah ayah saya. Namun kini mereka semua telah pergi. Kini, saya hanya mampu berbakti kepada semua orang tua yang hadir dalam kehidupan saya. Saya sering anggap mereka ayah saya, atau paling kurang sahabat kepada ayah saya.

Saya tidak mahu perasaan bersalah ini saya wariskan kepada anak-anak saya. Saya mahu mereka mengenali siapa teman-teman saya, yang penting dalam kehidupan saya. Saya tentu akan menitiskan airmata jika satu hari nanti seorang pemuda/pemudi datang menegur saya dan menyampaikan salam dari ayah atau ibunya dari alumni STJ8185 dan tentulah hati saya akan runtun dan remuk bila dia memaklumkan ayah/ibunya telah tiada…. Tapi setidaknya saya bersyukur kerana persahabatan yang terbina telah diwariskan kegenerasi seterusnya.


Memori 10 : Satu perjalanan…

I wanna share something, apo apo yang den masih ingat la. Mohd Fadil Nasir dah bagi kebenaran untuk share (gambar). sorang lagi, yusri aka boton. dio den raso pun tak kisah untuk den share cerito ni. Cito no tak la dramatik, satu perjalanan yang dirancang oleh beberapa orang student tingkatan limo STJ 1985. tapi maso nak poie tu, kek seromban, yang datang cumo tigo orang ni lah. ado gak dibincang untuk batalkan sajo, tapi alang alang dah sampai soromban, toruihkan yo lah....

Pada penghujung penggal ketigo, sebolum SPM, beberapo orang pelajar (kebanyakkan eh gang 13) merancang untuk melakukan excursion bersamo samo. maklum la, lopeh spm tu tak tau lagi bilo buleh jumpo dan melakukan aktiviti luar darjah bersamo samo. Penang menjadi pilihan.

setelah menduduki spm, memonuhkan tin biskut dongan puntung rokok, membengkokkan tiang dan menculik keto arwah cikgu ismail, menyusahkan orang kampung gontam menghantar ke hospital.

Tarikh yang dijanjikan pun tibo. den bertolak ke seremban bersama sebuah haversack berisi baju dan solai jeans, sedikit wang untuk tambang dan perbelanjaan lain. sampai di terminal lobih kurang pukul 4 ko limo potang. tak lamo lopeh tu, boton pun sampai. dio ado bawak khemah sederhana bosar eh. tn padil, juga sampai. di situ baru la den tahu yang orang lain tak jadi join. kami mesyuarat sebentar dan mengambil keputusan untuk meneruskan plan kami walaupun cuma tigo orang dan cumo padil yang ponah ko penang sebelum tu. itupun dah agak lamo. maso dio ado sedaro duduk kek air itam, rifle range flat kok tak silap. kami call munshi, bagi tau we will be in kl...bus stand klang la, mano laie.

sampai di bas stand klang dah sonjo, maghrib kot. tak lamo lopeh tu munshi pun sampai dongan menaiki honda fame. lopeh berburak lobih kurang. kito orang bertolak ko stesen keretapi. munshi ikut sekali ke stesen ni. tapi dio tak ikut ko penang...sampai sini dulu la, nanti den sambung balik cerito perjalanan ni. pankang na dah ni….

Part 2

2nd installment, by now. hampir semuo in legacy 8185, dah tau yang kami tak tersosek ke golden triangle. well, after fadil uruskan tiket, kito orang pun berangkat mla ke penang. perjalanan agak lamo. bukan exspress beb, mel biaso yo. sompek berkenalan dongan 2 orang yang sebayo berasal dari kl. menuju penang dan plan nak lepak di batu feringhi. badan dio oarang punyo la bagak. den paras paras hujung telingo eh yo. duo orang ni pulak ended up kona Raja Adzam Raja Sirajuddin and Yusri Ibrahim. sobab sesamo kojo kek area binjai, tompek ni sekarang kondo eh hargo punyo la mahal.

sampai kek butterworth agak agak siang la, sompek la amik gamba kek pangkalan sultan abdul halim. tapi tompek ni sekarang dah baru sobab yang lamo dah runtuh maso tahun baru cino 86, raso eh la. gambar den dah takdo, gamba boton and fadil ado la. den nyo gamba dah bagi kek penpal den. agak eh dio pun dah buang kot gamba tu. first time naik feri, best gak. sampai pangkalan tun uda, decided to walk to komtar...easy, tallest building you won't miss it. but semalaman naik train, tak ingat la dah mandi ko bolum maso, tu. matahari pagi...lotih beb. lalu masjid kapitan keling...dan few others landmark la. sampai komtar, tak saba sab nak masuk...aircon. maso tu komtar tak do apo apo, stesen bas pun stesen bas jalan prangin. prangin mall mano ado. kalau tak silap, tanyo orang jago tandas bus service to batu feringghi. kalau sekarang ni tak buleh dah nak tanyo, yang jago mungkin indon or bangla, chances are, dio tak tau. lopeh tu poie tingkat satu, naik escalator...best gak. pilah tak do bondo ni. kejutan pertama di penang: ado dua orang mamat netah dari mano tetibo datang and tanyo..."brader, hang ada barang tak?" kito orang ponek...ngeleng yo la. lopeh tu, naik bas menuju batu feringghi. sebolum tulis lobih panjang elok di sertakan bukti bergambar aka photographic evidence

part 3

2nd day...

a good night sleep, admit i must. it was not even a three star hotel, but we have nothing to complaint. bangun agak awal, awal as defined by student form 5 yang dudukkek hostel la. maso two of us lepak lepak kek common area sambil ngokok untuk counter raso dalam mulut maso baru bangun pagi. maso ni baru kito orang realized ado several guest duduk kek situ mostly caucasian termasuk duo orang blonde dalam late teens...sobab dio melinteh ko bilik air. tetibo salah sorang yang poie ko bilik air (bilik air share) berlari lari anak datang sambil tersonyum riang. teperanjat gak, apo hal riang na balik dari bilik air. "Den dah tau dah camno blonde tu gosok gigi"..ha ha ha. yo lah, paling hampir pun rambut kaler lain andrew yo kek stj tu. lopeh mandi, siap siap and we are off to air itam. destinasi...kek lok si aka pagoda of 10000 buddha. naik bas, bukan jalan kaki doh.

sampai kek situ, ramai orang. poie la naik sampai ketingkat atas sekali. tujuh tingkat somo eh. den noticed patung buddha tu disusun ado tigo dlama satu tompek. yang tongah serious, kiri kanan tu satu masam satu sonyum. tak tau la doh apo motif eh. sampai hari ni masih den tak tau. tak ponting pun. kek kawasan bawah pagoda tu ado kolam yang banyak kekuro, symbol of longevity kato dio la. tahun 96, den poie laie tompek tu, tak la naik sampai tingkat tujuh kek bawah tu yo. ado lagi kekuro tu. mungkin kekuro yang samo masih ado lagi. maklum la, kekuro tahan nyawo eh.

dah ponek ponek kek situ, poie pulak air itam dam. yang ni den tak ingat samado naik dongan kereto atau jalan. mungkin tuan Mohd Fadil Nasir ingat kot. kalau menapak jugak osah la handal maso tu. turun dari air itam dam tu memang menapak. seingat den la. tuan padil mungkin buleh konform kan. takdo apo la ateh tu, pemandangan ok la jugak. ambik la gambar duo tigo koping. kojap laie den post gamba kek dam ngan kek pagoda. turun dari dam tu, porut lapar, dah pukol 3 lobih...memang la lapar. dulu tak macam sekarang, kodai makan islam tak berapo nak ado doh maso tu. jumpo la ala ala food court. under a big "kemah" ado several stalls. term: ex work, cash...ala ambik kek kodai tu bayar toruih and cari tompek duduk. basuh yo tangan toruih ado datang ngomehkan. demand tinggi, supply kurang camtu la kan. selosai makan off to pesta pulau pinang. sampai dah dokek nak sonjo. lepak situ sampai pukul sepuloh. takdo apo pun, gah yo lobih. sekarang pun samo. a very big pasar malam yo tompek tu. balik ali guest house, and tido...

part 4

hari terakhir...nothing much. went to penang hill aka bukit bendera. naik the famous keretapi bukit bendero. takdo apo, a lot cooler than air itam though. not so much now. the amenities are better these days. went there a couple of years ago, now they even have buggy ride. the surau is alot better now. well, burnt few hours and ready to go to penkalan tun uda for a feri ride to butterworth to catch train. time to say good bye but never wonder why. amik few photos there as well as in the ferry. i showed the photo in the ferry to few peoples, most of them say "really looks like budak takdo maso dopan" maybe that was the perception of many peoples on us those days. nak salhkan dio orang pun tak la boleh...zaman pengor to the max.

sampai soromban, bid farewell to boton. i think den follow fadil balik kampung dio. spent a night. esok tu maso bangun, Pakcik Nasir baru yo bunuh sizeable biawak...tembak kok tak silap den. tugas melupus kan biawak ni diberikan kepado kito orang berduo. tapi tak do la buang toruih...aniaya dulu, den ingat ado la masukkan mercun dalam mulut eh. bilo dah boring, campakkan biawak tu dalam sungai belakang rumah eh....ko peristiwo ni bukan kek rumah Mohd Fadil Nasir, ampun pak kalau bukan. lopeh tu den pun balik pasoh...nonggok diam diam takdo la jumpo laie doh sampai results spm.

one of the best excursion, what have i learnt? at that time maybe nothing, just for fun fun fun and fun some more. but now, looking back, the trip probably the first exposure on team work, decision making, risk taking and mitigation, supply-demand balance,etc ...me la at least.

to fadil and yusri yusuf and the rest...thanks semoga kita semuo beroleh keberkatan dan kejayaan disini dan disana. pado yang hajat belum tercapai, sabar, bukan tak bagi tu doh, delay sikit yo. kalau tak dapek jugak, anggap la rezeki tak ado. nanti den post gambar yang last sekali untuk trip ni.

signing off - umat lokman

Memori 9: Berbeza dalam kebersamaan

Saya belum sempat membandingkan sistem persekolahan di STJ 8185 berbanding dengan amalan biasa di sekolah-sekolah yang lain. Namun bila difikirkan kembali, memang sistem yang diamalkan amat unik, mungkin kerana gurubesar kami ingin bereksperimen atau memang itu keperluan pada masa tersebut. Tulisan ini bukanlah bertujuan untuk membuat penilaian tetapi hanyalah sebagai kenangan kepada pengalaman yang kami lalui. Pengalaman ini pun terbatas kepada apa yang saya lihat dan alami secara peribadi, mungkin teman-teman seangkatan mempunyai pandangan yang berbeza kepada pengalaman yang sama.

Secara amnya pembahagian kelas di zaman kami tidak bergantung kepada pencapaian akademik para pelajar. Kedudukan kelas dari tingkatan satu hingga tingkatan tiga telah ditetapkan semasa hari pertama lagi kami di STJ. Kami amat selesa dengan pembahagian yang dibuat kerana tidak ada tekanan siapa yang akan terkeluar ke kelas yang lain seandainya keputusan hujung tahun kami tidak memuaskan. Memang ada di dalam kelas kami yang lebih baik pencapaian akademiknya berbanding yang lain, tetapi itu tidak pernah menjadi suatu hal yang penting bagi kami. Kami seronok belajar dalam suasana kebersamaan. Pencapaian akademik kami pada keseluruhannya adalah baik walaupun tiada tekanan untuk mendapat nombor terbaik di dalam kelas. Buktinya keputusan SRP kami semuanya berjaya dengan cemerlang.

Tetapi ada keunikan yang diujudkan, kelas A dan B kesemuanya terdiri dari pelajar lelaki dan kelas C dan D bercampur pelajar lelaki dan perempuan. Yang lebih pelik, pelajar kelas C dan D itu lebih ramai perempuan dari lelaki. Jika dibahagikan samarata, mungkin jumlah pelajar lelaki dan perempuan akan lebih kurang sama disetiap kelas. Selama tiga tahun kami di kelas A dan B tidak bergaul rapat bersama pelajar perempuan, dan selama tiga tahun itulah juga pelajar lelaki di kelas C dan D menjadi ‘minoriti’ di dalam kelas mereka. Jadi ujudlah beberapa golongan yang boleh dikategorikan sebagai ‘macho boys’, ‘macho girls’, dan ‘not so macho boys’….ha ha…jangan marah, hanya gurauan buat teman-teman kami di kelas C dan D. 

Tambah unik dalam kelas bahasa Inggeris. Jika tadi kami tidak dibezakan dari segi pencapaian akademik, kami dikembalikan ke alam realiti…kami dibahagikan kepada lima kumpulan mengikut tahap penguasaan bahasa Inggeris. Saya tidak mahu menjadikan tulisan ini sebagai ‘sosial protes,’ tapi begitulah…mungkin teman-teman yang di kelas yang baik tidak pernah mempunyai perasaan ini, saya di kelas yang agak terbawah memang ada perasaan malu dan tercabar. Tetapi itu bukan salah teman-teman yang pandai berbahasa Inggeris, itu adalah sistem yang diujudkan pada masa itu. Seperti juga disekolah anak saya, anak yang pandai dikelas yang pandai. Saya hanya ingin bercerita mengenai keunikan sistem, bukan mengundang polemik yang tidak bermanfaat.

Di tingkatan empat, sistem berubah lagi. Kelas semua dibahagikan samarata dari segi bilangan pelajar lelaki dan perempuan. Tradisi kebersamaan masih dikekalkan dimana pembahagian kelas tidak mengikut pencapaian akademik, tetapi kelas bahasa Inggeris terus mengikut kumpulan. Ditingkatan lima ditambah lagi satu keunikan, kelas lima A adalah terdiri dari pencapaian akademik terbaik dan tiga kelas lagi tiada perbezaan dalam pencapaian akademik. Memang kami cemburu dengan guru-guru terbaik yang mengajar di lima A, tapi kami juga terselamat dari tekanan pihak sekolah untuk mendapatkan keputusan yang terbaik. Kami terus belajar dengan gembira, yang sedihnya kami tidak dapat lagi meniru kerja rumah matematik moden dan matematik tambahan seperti semasa kami di tingkatan empat kerana semua teman-teman yang pandai sudah berada di tingkatan lima A…ha ha…

Itulah keunikan yang kami lalui sepanjang berada di STJ8185. Kami dibesarkan dalam kebersamaan, tetapi kami juga didedahkan akan erti perbezaan dan realiti kehidupan. Kini setelah 30 tahun meninggalkan sekolah, saya benar-benar bersyukur kerana telah melalui pengalaman ini. Saya ingin mendidik anak-anak saya supaya sentiasa melayan setiap orang dengan samarata, tetapi dalam masa yang sama menghargai perbezaan yang Allah ujudkan dalam diri setiap manusia. Cuma, saya tidak mahu anak lelaki saya menjadi ‘macho boys’, saya mahu mereka menjadi ‘understanding and sporting boys’ macam kawan-kawan saya di tingkatan 1-3 C dan D tu….



Memori 8: Aina thobasyir…

Seandainya saya boleh mengembalikan waktu, salah satunya yang ingin saya lakukan semula ialah mengambil kelas bahasa Arab yang telah saya abaikan semasa di tingkatan satu hingga tingkatan empat di Sekolah Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Tahun 1981 adalah tahun pertama subjek bahasa Arab di perkenalkan di sekolah kami dan kami sebagai pelajar tingkatan satu 1981 adalah angkatan pertama yang mengambil kelas bahasa Arab. Rata-rata dari kami datang dari sekolah rendah di seluruh Negeri Sembilan yang tidak mempunyai asas pendidikan agama semasa di sekolah rendah. Tidak seperti anak-anak hari ini yang diwajibkan mengambil KAFA disebelah petang. Ada dikalangan kami, khususnya saya sendiri memang tidak mahir dalam tulisan jawi apatah lagi bahasa Arab. Justeru, mengambil kelas bahasa Arab adalah sesuatu yang sangat baru dan sukar bagi kami.

Walaupun subjek bahasa Arab bukan subjek wajib SRP, pengalaman mengambil kelas bahasa Arab adalah satu pengalaman manis sepanjang kehidupan di STJ. Ianya bukan kerana subjek bahasa Arabnya, tetapi kerana kesungguhan dan kegigihan Ustaz yang mengajarnya. Tanpa merendahkan sumbangan guru-guru lain yang turut mewarnai kehidupan kami semasa di STJ, Ustaz Abdullah Awang adalah salah satu sosok yang banyak menyumbang kepada kedewasaan kami, khususnya para pelajar lelaki. Didalam pengajarannya, Ustaz akan menggunakan bahasa Arab sepenuhnya dan hanya akan menggunakan bahasa Melayu bila diperlukan. Ustaz memberi banyak soalan lisan dan bertulis, tapi itulah yang lucunya, kami sendiri tidak faham apa soalannya, apatah lagi ingin memberi jawaban. Tetapi, jika tidak dapat menjawab di dalam kelas, sudah pasti perut akan di cubit pusing (dicubit skrew)…aduuuh…pedih sekali.

Ustaz juga amat prihatin dengan disiplin kami dan tidak akan teragak-agak untuk memberikan satu tepukan (debik) yang kuat dibelakang jika kami berkelakuan nakal dan tidak sopan. Salah satu peristiwa yang masih saya ingat hingga hari ini ialah bila Ustaz terjumpa lukisan kereta kebal seperti alat kelamin lelaki di dalam kelas kami tingkatan tiga Al Ahzan yang terdiri dari semua pelajar lelaki. Pada mulanya Ustaz hanya bertanya, siapa yang melukis sila datang kehadapan kelas. Namun tiada siapa yang berani tampil kehadapan. Akhirnya Ustaz meminta semua pelajar berdiri dan beliau bertanya seorang demi seorang, jika tidak mengaku, akan menerima satu pukulan yang kuat dibelakang. Yang anehnya, tidak seorang pun mengaku dan kesemua kami, hampir 30 orang semuanya kena debiiikkk….aduuuhhh…. Pelukisnya masih menjadi misteri hingga ke hari ini.

Kami akhirnya diarahkan mengambil peperiksaan SRP bahasa Arab ketika kami berada di tingkatan empat. Tapi Ustaz Abdullah tidak mengajar kami lagi di tingkatan empat dan diganti dengan Ustaz Hasbullah. Ustaz Hasbullah mempunyai keperibadian yang lembut, jadi tentulah sukar bagi beliau mendidik kami yang nakal dan degil. Bila keputusan SRP Bahasa Arab dikeluarkan, hanya sahabat kami Prof. Dr. Abdul Hamid Ahmad yang kini mengajar di UniMas yang Berjaya mendapat pangkat 1. Mungkin ada seorang dua lagi yang mendapat keputusan yang baik, tapi majoritinya mendapat pangkat 7 atau 9…termasuk saya.


Setelah berada di universiti dan alam kerjaya, saya cuba juga mengambil kelas bahasa Arab secara informal. Malah saya cuba menggunakan buku-buku yang digunakan semasa di STJ dahulu. Tetapi kerana desakan waktu dan kurangnya kesungguhan, semuanya tidak membuahkan hasil. Tugasan saya yang memaksa saya untuk sering berinteraksi dengan teman-teman dari negara Arab membuat saya berasa kerdil kerana ketidakmampuan saya bertutur dalam bahasa Arab. Apatah lagi jika dalam ilmu-ilmu agama, makin jauh saya ketinggalan. Kini saya sering menyalahkan diri, alangkah baiknya jika saya bersungguh belajar bahasa Arab bersama Ustaz Abdullah dahulu… Namun saya tidak akan berputus asa, akan terus berusaha dan akan cuba memberi semangat kepada anak-anak saya untuk mendalami bahasa Arab dengan sebaiknya. Pada teman-teman seangkatan, masih ingatkah kalian akan kata-kata ini…aina thobasyirrrr….(mana kapur).


Memori 7: Kadet Bomba (Untuk sahabatku Jack yang selalu mengumpat Sepet dan Budut)


[Sahabat-sahabat, kisah ini tak ada kena mengena dengan persoalan antara hak dan batil, hanya secebis buih kenangan semasa kita di STJ, sekadar mengenang masa muda yang pernah kita habiskan bersama di sekolah itu. Aku mohon maaf di atas penggunaan sebahagian peristiwa benar sebagaimana yang aku terima buih-kenyalnya daripada Jack yang selalu ketawa dahulu baru bercerita. Semoga terhibur!]

------------------

Sepet ketawa besar bila kuberitahu padanya bahawa tak lama lagi sekolah kami akan ada kadet bomba. 
"Ni siapa punya cadangan bodoh ni?" Tanya Sepet padaku. 
"Eh, apa pulak cadangan bodoh. Kan elok kalau ada Kadet Bomba?" Balasku. 
Sepet memang begitu. Semua benda nak jadi bahan gelak ketawa. Belum pernah aku rasa Sepet ini bercerita tentang benda-benda yang ada faedah. Dengar cerita nenek Budut matipun Sepet boleh gelak. 
"Bolehlah atok kau kawin lagi, ha! ha! ha!" Kata Sepet tak lama dulu. 
Entahlah. Aku rasa Sepet ni macam sewel sikit. Tapi sewel-sewel Sepetpun, dia adalah kawanku. Kami sekelas dalam tingkatan lima Al-Ahzan. Kiranya kelas kami itu kelas yang bagus jugalah. Akupun kadang-kadang heran, sewel-sewel Sepet, dia pandai juga dalam pelajaran. Cuma perangainya saja yang sinting. Duduk sebelah Sepet adalah Budut. Budut dan Sepet ini, kalau bersembang, jangan ambil kisah sangat. Lebih banyak batil daripada yang hak. Terlalu banyak buih-buihnya. Cuma aku saja dalam "clik" kami yang lurus sikit - aku rasalah. Aku suka berkumpul dengan mereka kerana mereka ini selalu ceria. Tak pernah susah hati. 
"Kadet Askar pegang M16, Kadet Polis pegang pistol, Kadet Bomba main air pancutlah... he he.." Sampuk Budut dengan muka selambanya. 
Aku taklah ambil berat sangat gurauan Sepet dan Budut ini tapi dalam hatiku, aku heran juga. Apa salahnya kalau ada Kadet Bomba. Kan elok kalau ada? Boleh selamatkan orang. Boleh lawan api yang ganas. Bukan senang nak padamkan api. Bukan boleh main simbah-simbah dengan air saja. Apa kata kalau makmal fizik tiba-tiba terbakar? Apa kata kalau dewan makan tiba-tiba kena perun dan api menjulang tinggi? Bagaimana kalau asrama dijilat api? Tentulah Kadet Bomba berguna ketika itu. 
"Ei, Pet, kaupun bukan sempat jadi Kadet Bomba. Tahun depan baru mula. Tahun ni kita SPM. Lepas tu kitapun cabut. Kau dengan Budut takkan nak lepak sini lagi?" Kataku menerangkan keadaan. 
Tapi Sepet dan Budut dah tak peduli padaku lagi sebab dua-dua sudah kejang ketawa. Entah apa yang kelakar sangat akupun tak tahu. Agaknya aku terlepas gurauan mereka tadi. 
Masa itu sudah bulan September. Kamipun sudah tak banyak lagi aktiviti. Masing-masing sibuk dengan ulangkaji. Silibuspun dah hampir habis. Pelajar tingkatan lima sekarang ini sudah boleh balik lewat setengah jam dari kelas persediaan malam. Aku memang selalu belajar bersama Sepet dan Budut. Sepet pandai kimia. Biologi, aku boleh tahan. Budut selalunya hanya tanya soalan. Dia selalu tak faham. Tapi sebut fasal matematik, jangan lawan Budut. Add Math. Modern Math. Berasap! 
Sepet dan Budut cuma nama gelaran. Nama Budut Badrul Hisham. Nama Sepet Khairul Anwar. Cuma Budut ini agak gendut sikit. Sikit sajalah gendutnya. Bukan banyak sangat. Sepet memang sitap matanya. Kalau buka kacamata, mata Sepet cuma tinggal dua calit di bawah keningnya. 
Satu petang Sepet pangil aku dan Budut bersembang di tepi padang. Mukanya nampak serius, tapi, tidaklah serius sangat. Masih tebal pura-puranya. 
"Habis, kau nak ambil SPM dua kali ke?" Tanya Budut mula buat dajal. 
"Agaknya seronok juga main fire extinguisher" Balas Sepet tidak melayan gurauan Budut. 
Budut senyap. Aku bingung. Tempohari tak suka. Sekarang dia kata seronok. Apa, dia ingat Kadet Bomba tu belajar nak padamkan api saja ke?. Orang cerita Kadet Bomba. Dia seronok nak main fire extinguisher pulak. Aku kira itulah kali pertama Sepet kurang bergurau bila bergebang. Aku tak tahu apa yang ada dalam kepala Sepet tapi petang itu Sepet asyik cakap pasal alat pemadam api saja. 
"Agak-agak dalam sekolah ini ada berapa buah?" Tanya Sepet pada kami. 
"Oi.. banyaklah. Di asrama saja dekat-dekat dua puluh buah," Kata Budut. 
"Kau nak jual ke?" Tanya Budut sambil mencuit ketiak Sepet. 
"Woit, gelilah! Aku nak kira saja. Tak boleh ke?" Balas Sepet. 
"Kalau nak tahu tanya Cikgu Yeohlah. Dia warden. Dia mesti tahu" Kataku sambil bangun. 
Loceng di dewan makan sudah berbunyi. Menu minum petang adalah roti kaya dan air kopi susu. 
Yeoh adalah satu-satunya warden asrama yang duduk di asrama. Biliknya tak jauh dari bilikku. Kami baik juga dengan Cikgu Yeoh. Dia ajar fizik. Aku rasa Cikgu Yeoh adalah guru fizik terhandal di sekolah kami. Keluar kelas boleh buang nota. Faham semua. Tapi Cikgu Yeoh lebih manjakan Rashid, rakan sekelasku. Rashid selalu belajar di bilik Cikgu Yeoh dan kadang-kadang naik kereta Cikgu Yeoh pergi makan roti canai di pekan Kuala Pilah. Masa SPM, bila semua pelajar lain balik, hanya pelajar tingkatan lima yang akan tinggal di asrama. Cikgu Yeoh terpaksa tinggal juga sebab dia warden asrama. 
Dalam kesibukan mengulangkaji, aku rasa masa begitu cepat berlalu. Persoalan tentang Kadet Bomba sudah tak lekat lagi diingatanku. Aku sibuk. Semua orang juga sibuk. Soalan-soalan SPM yang lalu sudah hampir habis aku buat. Sepet dan Budutpun samalah. Kamipun dah tak banyak masa lagi untuk bersembang. Kadang-kadang saja, itupun sekejap. Kami tahu, masa tinggal sedikit saja lagi. Peperiksaan tak pernah ambilkira kalau kami sempat bergurau atau tidak, sempat rehat atau tidak. Rehat atau tak rehat, SPM akan datang juga. Dan kami kenalah bersedia. 
Satu hari ketika sarapan pagi, kami nampak Budut telan pil putih dua biji. 
"Oo.. kau telan "pil pandai" ya? 'Nkau nak lulus SPM sorang-sorang ya?" Perli Sepet. 
"Aku sakit kepalalah, Pet. Kalau kau nak ada lagi dua biji..." Kata Budut serius. 
"'Nkau jaga baik-baik, Dut. Esok SPM" Kataku. 
"Alah, sikit saja..." Jawab Budut. 
Dan SPMpun tiba. Berat juga soalan-soalannya. Dah enam matapelajaran berlalu. Aku kira, aku, Budut dan Sepet taklah teruk sangat. Kami masih bertenang. Sekali-sekala kami main bola sampai dekat senja. Lepaskan tensionlah konon. 
Itulah, satu malam ketika peperiksaan SPM, Sepet buat perangai lama. Hari itu hari Jumaat. Cikgu Yeoh terpaksa balik kampung petang itu sebab ibunya meninggal dunia. Dia balik naik bas ekspress malam. Dan malam itu tak ada warden yang bertugas di asrama. Sabtu dan Ahad tak ada peperiksaan. Tiba-tiba asrama jadi riuh rendah. 
"Kadet Bomba! Kadet Bomba!" Teriak Sepet. 
Aku nampak Sepet sudah terkinja-kinja di gelanggang sepaktakraw yang diapit oleh dua blok asrama kami. Di tengah-tengah gelanggang itu, Sepet sudah membuat unggun api yang besar. Sepet bakar kerusi dan tilam-tilam buruk yang sudah lama berlonggok di tepi stor. Asap sudah berkelun-kelun, hitam dan naik memenuhi ruang antara bangunan asrama. Sepet belari-lari di keliling unggun api itu. Macam Red Indian. Memang Sepet ini sewel, fikirku. 
"Kadet Bomba! Kadet Bomba! Toloong! Hoo! Ha! Ha!" Teriak Sepet lagi sambil gelak besar-besar. 
Dari tingkat tiga asrama itupun aku masih nampak mulut Sepet yang ternganga luas. Kemudian Sepet terus berlari ke arah dinding kaki lima dan mengambil alat pemadam api yang tergantung di situ. 
"Yaa...! Kadet Bomba datang! Bertenang! Bertenang!..." Teriak Sepet sambil mengangkat kedua-dua tangannya. 
Kami semua tengok saja. Apa nak buat lagi? Api sudah menyala. Sepetpun dah ambil pemadam api. Biarlah dia padamkan sendiri. 
Sepet meletakkan pemadam api di atas gelangang sepaktakraw. Kemudian dia memukul-mukul penutup picu alat itu. Ketika itulah bala turun pada Sepet. 
"Pongg!..." Bunyi benda meletup dan serta-merta Sepet rebah. 
Tangannya menekup mata kirinya. Dan serentak itu kulihat satu benda meluncur di hadapanku tegak ke atas dan beberapa saat kemudian jatuh berdentang di atas atap asrama. 
Cepat-cepat aku turun. Risau juga aku melihat Sepet berguling-guling kesakitan. Bila aku sampai di bawah, Rashid dan beberapa pelajar lain sudah memapah Sepet ke kereta Cikgu Yeoh. Rupa-rupanya Cikgu Yeoh betul-betul manjakan Rashid. Kunci keretanyapun ditinggalkan pada Rashid! Dan Sepetpun terus dihantar ke hospital. Bila aku menoleh ke gelanggang sepaktakraw, unggun api yang dinyalakan oleh Sepet sudahpun dipadamkan oleh pelajar lain. Dari tempatku berdiri, aku dapat lihat titisan darah Sepet yang berceceran memanjang daripada kawasan unggun api ke arah tempat letak kereta Cikgu Yeoh. Tong alat penadam api sudah tumbang. Buih masih membuak-buak keluar. Bingkai cermin mata sepet yang sudah bersepai tersepuk saja di situ. Perutku serta-merta jadi kecut. Akan matikah Sepet malam ini? Akan butakah matanya? 
Aku mula terbayang betapa kuat besi penutup tong pemadam api itu menghentam dahi sepet. Pongg! Dan serentak itu tulang dahi Sepet terbelah. Retaknya segera tersebar bercabang-cabang ke tulang tengkorak, lalu otak Sepet luka-luka. Urat-urat darahnya putus-putus dan ada yang bersepai begitu saja. Darah meluru keluar di celah-celah rekahan tulang tengkorak sahabatku Sepet. Kata Cikgu Aloyah, jika otak berdarah, orang itu akan segera mati. Sepet juga akan segera mati kerana otaknya berdarah dihentam oleh besi. 
Dan malam itu aku tak boleh belajar. Aku sembahyang dan berdoa lama-lama. Aku mohon agar Allah Taala panjangkan umur sahabatku Sepet. Jangan dia mati malam itu. Belum ada kawanku yang meninggal dunia, rasaku. Jikapun ada, malam itulah akan terjadinya. Aku minta agar Allah Taala janganlah rosakkan matanya yang memang sitap itu. Dan juga aku minta agar Allah Taala memberikan kesempatan agar Sepet dapat terus mengambil peperiksaan yang akan disambung hari Isnin. Aku tak dapat bayangkan lagi kalau tulang dahi sepet betul-betul pecah dan Sepet akan meninggal dunia pada malam itu. Roh Sepet akan keluar dari celah rekahan ubun-ubunnya yang ternganga. Betapa siksa kematian sahabatku Sepet. Akhirnya aku terlena di tikar sembahyang. Bergulung saja aku di situ. 
Pagi besoknya, Rashid memberitahuku, kening Sepet kena jahit lapan liang. 
Petangnya aku mengajak Budut melawat Sepet di hospital. Aku sudah belikan buah epal dan limau manis untuk Sepet. Mahal juga harganya. Tapi bila mengenangkan Sepet yang terlantar sakit, apalah salahnya dia merasa buah-buahan yang enak sikit. Lagipun Sepet kawan baikku.

"Wad A8, katil 31" Kata misi. Manis sekali misi itu. Merah bibirnya dan matanya bulat. Senyumannya membuat aku terasa bahawa sahabatku Sepet belum lagi meninggal dunia. Dia masih hidup. Masih kuat merapu barangkali. Sampai di Wad A8, katil Sepet kosong saja. Tak ada tanda-tanda Sepet berada di situ. Aku naik heran. Mana dia pergi? 
"Kalau tak ada di sini, baik kita tengok di Bilik Mayat..." Cadang Budut. 
Dus! Budut! Mahu saja aku luku kepala Budut. Orang risau, dia masih nak bergurau. Bila aku toleh ke muka Budut, dia cuma tersengih macam kerang reput.

"Nasib baik bingkai kacamataku besar. Kalau tidak, dah pecah tulang dahiku" Kata Sepet pada petang Ahad. Dia balik kampung. Bapanya yang ambil di hospital. Kening kirinya merening dan lebam. Dia pakai kacamata baru. Bingkainya besar dan tebal juga. 
"Pet, seronok ke jadi Kadet Bomba?" Tanya Budut. 
"Woi! Celaka!" Kata Sepet pantas lalu melondehkah seluar pendek Budut. 
Aku nampak daging punggung Budut yang banyak isinya. 


Abdul Hamid Ahmad
Pulau Tiga, Sabah 
Mac 2000. 
Memori 6 : Abang Black
Aku kira siapapun tak suka pada Black. Aku sendiri sungguh benci pada Black. Kawan-kawanku juga benci. Malah semua pelajar tingkatan satu di sekolah kami memang benci dan meluat pada Black. Akupun hairan. Sungguh-sungguh tak adil. Mengapa manusia samseng macam Black ini boleh belajar di sekolah berasrama penuh?Entah mengapa aku juga amat takut pada Black. Suara Black nyaring. Selalu saja berteriak itu dan ini. Panggil dan tengking siapa saja yang dia suka. Aku gerun melihat mata Black. Mulutnya. Tangannya. Bayangnya. Aku ketar kalau Black naik ke bilik kami di tingkat empat bangunan asrama. Malah aku jadi kecut biarpun cuma melihat Black tarik nafas sekalipun. Kukira tak ada manusia yang lebih ganas daripada Black di sekolah kami. Jika boleh, aku tak mahu bertembung dekat atau bertembung jauh dengan Black. Tapi jika Black memanggilku, sumpah! Aku tak berani lari. Aku memang takut pada Black.Black sudah tingkatan lima. Black abang senior. Dan Black juga berkuasa. Semua orang takut pada Black. Dengar kata Black ini juga ada kawan kaki pukul di bandar. Jangan siapapun melawan. Silap-silap nanti kena henyak oleh kawan-kawan Black sewaktu keluar ke bandar. Apalagi! Bengkak-bengkillah. Dan gigi berlumba-lumba masuk dalam perutlah. Demikian kata kawanku Yusri. Katanya, Abang Black itu seorang "taiko". Aku tidak pernah cuba mencari makna sebenar perkataan taiko itu tapi bunyinya sudah cukup merisaukan aku. Black suka ketawa kuat-kuat. Black akan buka mulut luas-luas. Bila Black tutup mulut, senyum sudah tak ada lagi di bibirnya. Yang tinggal cuma kebengisan. Bila Black angkat jari, pasti kami akan jadi mangsanya."Woi!, freshie!" Dan seorang kawanku akan tertunduk-tunduk macam ayam kebasahan berjalan ke arah Black."Assalamualaikum, Abang Black...""Hapa slamelekom, slamelekom!? Pergi ambik air panas!" Dan kawanku akan mengambil bekas plastik dari tangan Black dan pergi ke dewan makan. Di sana kawanku akan meminta Arumugam, tukang masak kami, menuangkan air panas. Kawanku akan hantarkan air panas ke tepi katil Black. Nanti Black akan halau kawanku keluar. Kawanku segera cabut. Kemudian Black akan merendam mi segera kegemarannya.


Pernah sekali Yusri melawan cakap Black. Black suruh Yusri membangunkannya tepat jam tujuh pagi. Agaknya Black memang tak pernah sembahyang subuh, fikirku. Esoknya Yusri sengaja tidak pergi. Apa lagilah, pada malam itu Black mengirim utusan memanggil Yusri ke biliknya. Bencanapun terjadilah pada Yusri. Yusri pulang lewat ke katil. Yusri menangis dalam kelambu. Kata Yusri, Black suruh dia buat "helikopter". Lama betul, kata Yusri. Hingga Yusri jadi pening-pening dan tumbang beberapa kali. Yusri muntah di lantai bilik Black kerana pening kepala. Bila sudah lega, Black menengking Yusri dan suruh bersihkan muntahnya sendiri dengan baju yang dipakainya. Abang-abang senior yang sebilik dengan Black gelak sampai keluar air mata. Esoknya, tepat pukul tujuh pagi, Yusri pergi mengejutkan Black dari tidur. Yusri juga terpaksa ambil nasi lemak dan air teh susu dari dewan makan untuk Black pagi itu. Dan Yusri tak berani lagi melawan Black. Demikian Yusri menceritakan padaku.

"Woi!" Pekik Black satu pagi. Aku menoleh ke arah suara Black.
"'Nkau, mari sini!" Kata Black terus membengkokkan jari telunjuknya padaku. Cepat-cepat aku pergi kepadanya.
"Assalamualaikum, bang..." Kataku antara takut dan meluat.
"'Nkau nak mampos ke? Cakap betul-betul!" Balas Black pantas. Kurasa bagaikan mahu melompat lari keluar dari tubuhku.
"Assalamualaikum, Abang Black..." Kataku membetulkan salam untuk taiko sekolah kami.
"Ambil roti dengan air kopi! Kalau lambat 'nkau jaga..." Tegas Black lalu pergi ke bilik mandi. Dan selepas makan minum ala kadar, segera kususun enam keping roti. Kusapukan kaya dan kukepilkan roti itu dua-dua keping. Kemudian kucuci cawanku bersih-bersih dan kutuangkan air kopi susu lalu kuhantarkan semuanya ke tepi katil Black. Black memang bangun lewat dan mandi lewat.

Pada cuti hujung minggu, aku tak berani merayau-rayau dalam bangunan asrama. Aku lebih suka duduk di kelas atau bermain di padang. Bukan sangat untuk belajar atau untuk bersukan, tetapi aku takutlah kalau-kalau Black memanggilku ke biliknya dan suruh macam-macam. Cuti hujung minggu jangan main-main. Macam-macam boleh terjadi. Black selalu menjadi lebih samseng dan buat sesuka hatinya. Black akan keluar dari biliknya di tingkat bawah asrama dan berdiri di gelanggang sepaktakraw yang diapit oleh dua blok asrama putera. Bila ganasnya tiba, ada kalanya Black panggil dua-tiga orang sekaligus! Suruh urut belakanglah. Cuci kain bajulah. Kemaskan katillah. Cuci tingkaplah. Paling tidak menyuruh kawan-kawanku menjadi jaga atau "spy" ketika Black dan kuncu-kuncunya merokok di belakang almari dalam biliknya.

Kadang-kadang aku terfikir juga betapa untungnya menjadi orang yang ditakuti di asrama. Aku ingin juga berkuasa seperti kuasa yang ada pada Black itu. Masakan tidak? Tak payah ke dewan makan. Tak perlu cuci baju. Tak perlu bangun awal. Ada orang urut belakang. Boleh buat apa saja dan tidak ada orang yang berani cakap apa-apa. Tak ada orang yang berani lapor pada sesiapa. Semua orang tak boleh angkat muka. Pengawaspun tak berani menegur Black kerana Black lebih berkuasa dari pengawas. Ketua Murid Agung yang sentiasa kemas dengan "blazer" dan tali lehernyapun kukira sengaja tutup mata. Atau mungkinkah Ketua Murid Agung juga kecut dan berpeluh sejuk bila berhadapan dengan Black?

Entahlah!. Bila aku termenung memikirkan kesamsengan Black, aku jadi loya dan mual. Kebencianku meluap-luap pada manusia bergelar Black ini. Sering kubayangkan Black menjadi lintah kerbau yang selalu kuterbalikkan tubuhnya dengan lidi sebelum kucucukkan pada pagar kawat duri atau kurendam dalam cuka getah. Biar mampus. Mengapa tidak saja Black ini mati dilanggar lori ketika keluar ke pekan? Alangkah indahnya jika Black ini tiba-tiba menjadi manusia kudung, buta dan bisu.

Pagi itu pagi Isnin. Kami sudah sedia dengan pakaian sekolah yang kemas dan bersih. Semua orang bertali leher dan mula turun menuju ke dewan makan untuk bersarapan pagi. Menu pagi itu, nasi lemak dengan sambal tumis ikan bilis dan air teh susu. Ketika sampai di tingkat bawah asrama, aku berjalan rapat-rapat di celah rakan-rakanku. Bukan apa. Aku bimbang betul kalau-kalau Black muncul dari biliknya dan suruh aku ambil nasi lemak dan teh susu untuknya.
"Woi!" Suara Black nyaring. Aku kaget dan rasanya kakiku sudah tak lagi mencecah simen kakilima. Aku pura-pura memandang longkang dan pokok bunga sambil cuba menyusup di celah kawan-kawanku.
"Woi!, celaka! Pandang sini!" Ah! Aku tak mampu lagi berpura-pura. Bila aku menoleh ke arah Black, matanya baru saja beralih memandangku. Serta-merta jarinya telunjuknya menuding lurus.
"Ei, Bangang, mari sini!" Dan aku benar-benar terasa bangang kerana menoleh kepadanya tadi. Aku sedar Black cuma main serkap jarang. Siapa menoleh, dialah yang kena. Tapi aku sudah tak berdaya lagi mengelak dan akupun berpecahlah daripada kumpulan kawan-kawanku. Selama hidupku di asrama dan rasa takut pada Black yang selalu sahaja menghantuiku, aku sudah dapat menjangka kata-kata kesat Black dan arahan serta ancaman yang bakal kuterima pagi itu. Black baru saja keluar dari bilik mandi. Black masih bertuala dan berselipar jepun. Rambutnya masih basah dan tidak berbaju.
"Assala..." Kalimatku terpancung. Belum sempat habis kalimatku, lidahku tiba-tiba kelu. Langkahku terhenti dan serta-merta juga mulutku terlopong bila memandang ke arah Black.

Kup-kup!... Kup! Kepala Black diluku tiga kali. Black tertunduk ke hadapan dan hampir terjatuh dalam longkang di depanku. Aku menyaksikan malapetaka yang menimpa Black pagi itu di depan mata kepalaku sendiri. Pengetua kami, Cikgu Hanif, yang dari tadi memerhatikan perangai Black tiba-tiba bertindak tanpa disedari oleh Black. Black pusing ke belakang dengan pantas dan garang tetapi disambut lagi dengan tiga kali luku keras dari tangan kanan Cikgu Hanif. Mulut Black yang selalu becok itu terkunci rapat. Ajaib sungguh penangan Cikgu Hanif! Tubuh Cikgu Hanif yang kurus itu sekonyong-konyong berubah menjadi terlalu gagah. Rambut Black ditarik ke hadapan dan sepantas kilat pula ditolak semula ke belakang. Black hampir tersungkur di atas simen gelanggang sepaktakraw. Ketika itu tuala mandi Black terlondeh dan hampir jatuh. Aku nampak daging punggung Black yang hitam legam. Untunglah tangan Black sempat mengepit hujung tuala mandinya lalu terselamatlah kemaluannya daripada terdedah. Dua blok bangunan asrama putra empat tingkat itu meletup dengan gelak ketawa. Dengan segera Black mengikat semula tuala itu dipingangnya dan terus tunduk semacam pasrah terhadap apa saja tindakan Cikgu Hanif pagi itu.

Pang! Pang! Muka Black menerima tamparan Cikgu Hanif kiri dan kanan. Black tunduk. Rambutnya yang masih basah terjuntai di depan dahi.
"Oo..., samseng ya? Samseng?" Soal Cikgu Hanif dan...Kup! Lukunya singgah di kepada Black untuk kesekian kalinya. Perlahan-lahan Black mengangkat tangan kirinya dan mula mengesat mata. Nafasnya sersenggut-senggut. Pah! Aku macam tak percaya! Black - taiko sekolah kami - menangis kena luku! Yakinlah aku sesungguhnya tangan kanan dan kiri Cikgu Hanif memang ajaib. Tak ada benda yang lebih ajaib daripada itu.

Aku tak ingat lagi apa yang berlaku antara Black dan Cikgu Hanif pada pagi itu kerana apabila Cikgu Hanif mengangkat muka ke arah kedua-dua blok asrama, semua murid menjadi kelam-kabut. Kami takutlah, salah langkah kami pula yang kena luku. Kami semua berpusu-pusu meninggalkan asrama dan masuk ke dewan makan untuk bersarapan pagi. Ternyata, suasana dalam dewan makan pagi itu bising sekali.

Subuh esoknya aku lewat ke surau. Ketika aku sampai, jemaah sudah masuk rakaat ke dua. Aku mengambil tempat di saf belakang tetapi...Pah! Di sebelahku, Black - samseng kampungan itu - datang sembahyang subuh! Gulung kainnya besar dan senteng, tidak berkopiah. Kepalanya tunduk. Selepas mengangkat takbiratul-ihram dan meletakkan tangan di atas pusat, kurasakan perutku menjadi keras dan tersentak-sentak. Rasanya bagaikan mahu meletup. Mukaku terasa panas. Aku terkial-kial cuba mengunci mulut. Dalam kegelian hati yang menggigit-gigit tangkai hati dan menggaru sudut-sudut jantungku, aku cuba tumpukan perhatianku kepada solat subuh yang kurasakan begitu lambat selesai. 

Abdul Hamid Ahmad
21 June 2009 at 21:42

Memori 5 :  Aru Yang Berseluarbesar

Kelmarin selesai tugas kontraktor kecil-kecilan menyelesaikan masalah saluran kumbahan yang tersumbat di rumahku. Tak usahlah ditanya kepadaku mengapa ia tersumbat, walaupun aku tahu, sejak tahun lalu aku selalu makan durian dan bijinya semua kutelan!

Aku terkenang kepada si Aru, seorang pekerja kontrak yang namanya diberi oleh sahabatku si Sawal Taib. Aru ini besar orangnya, dan dia itu berseluar besar. Memang besar seluarnya, apatahlagi badannya juga besar. Sememangnya seluar yang besar itulah yang selalu terkenang olehku kerana Sawal juga yang menunjukkan kepadaku keadaan seluar Aru yang besar itu. Tidak ramai yang berseluar besar di sekolah kami, ada juga seorang dua. Tapi tak ada yang berseluar besar sebesar seluar Aru. Pada pendapatku, Arulah yang ada seluar paling besar. Sehingga aku dewasa ini, tak pernah kulihat manusia berseluar besar sebesar seluar si Aru ini. Hanya ada seorang manusi yang berseluar besar dalam dunia ini, namanya Aru. Nama itu diberikan oleh sahabatku si Sawal Taib.

Dengan seluar besarnya itulah Aru berjalan ke sana ke mari di sekitar sekolah kami, menjolok-jolok. Akhirnya masalah saluran kumbahan di sekolah kami diselesaikan oleh Aru yang berseluar besar itu. Itulah, barangkali ketika musim durian di Kuala Pilah, semua pelajar putera dan puteri telah makan durian dan semua bijinya ditelan!

Abdul Hamid Ahmad
Likas
14 Oktober 2010




Memori 4 : Umpama Mimpi dalam Mimpi


Sebelum subuh

Ringgggggggggggggggg! Begitu kuat bunyinya. Semacam sebelah telinga loceng dewan makan berbunyi. SAHUR!SAHUR!SAHUR! Mamat nie suaranya macam petir. Mata terbuka separuh, mulut menguap balik ..rasanya baru sekejap tadi terlayang dah nak bangun balik. Mulut bau rokok pun masih ada lagi, air dalam baldi pun masih suam lagi, plastic maggi ada lagi di lantai. Sayup kedengaran kawan sebelah mengeliat kesedapan .......... bangun bukak locker, ambik cetong pegi gosok gigi kat kolam /tangki besar kat bawah. Aku pun nikmat jugak walaupun tiada tilam di katil ...... kelambu jauh sekali. Sekejap nak telelap dah riuh kembali budak tadi balik merungut air tak ada ..... dalam hatiku “memanglah, sinikan kawasan kering, kelas Geografi pun ada belajar”. Disiplin sungguh budak tadi cetongnya pun masih ada nama tulis dengan marker masa masuk asrama dulu.


Sebelum imsak


Terdengarlah tapak selipar/kasut turun ke arah dewan makan. Puteri-puteri pun dah siap kat dalam dewan. Orang tua-tua cakap masa nielah nak tengok bakal isteri yang cantik semulajadi. Bakal suami jangan cari sebab mata diorang pun kurang merah dari bijik saga mengadap tray makan..... mengantuk study. Ah! Aku tak fikir tu semua, aku disini untuk belajar bukannya nak kahwin ... aku menguap lagi di atas papan katil. zzzzzzzzzzzzzzzzz.

 

Pagi-pagi buta

Bangun! Apa? Pukul tujuh? Bergegas macam anggota Bomba. Tup tup dah ada kat kelas. Member sebelah ada nampak segar, ada nampak kering, ada serupa bagus dan aku semesti nampak cergas sebab baru lepas 100 meter tadi. Di pendekkan cerita, loceng makan, loceng rehat, loceng balik hatta loceng maut berbunyi sekalipun tak memberi apa-apa makna sebab bulan puasa mana ada soru.

 

Selepas tengahari

Selangkah demi selangkah balik asrama ... itik gembo-gembo pun balik jugak ..... tak boleh tengok sangat nanti habis pahala tapi “hati dalam tak mau tengok tapi mata mau jugak”. Bum-bum sampailah waktu prep petang bermula. Tiba-tiba terjaga, dengar lagi kecoh budak balik dari prep nak mandi perigi kat luar kalau air tak ada jugak ..... hatiku berkata lagi “tadi kat kelas baru ustaz ajar cara nak tayammum, istinja”. Eh! Tapi macamana aku ada kat bawah katil pulak nie.

Petang

Ada jugak yang turun padang bersukan. Ada yang lepak kantin nak beli lauk-pauk tambahan... sambal ke, ikan/ayam sepotong dan paling kurang bijik selasih nak rendam dengan air sirap nanti. Bagi aku bijik selasih pun jadiklah. Huha sana hu ha sini, sampailah waktu berbuka. Mula berkumpul luar dewan ... ada bawak tupperware (lauk dari kampung), ada bawak bocong air takut tak cukup air, yang rendam selasih dah tentu kembang punya. Ajk makanan dah pilih lauk masing-masing yang kat luar nie terbayanglah ikan jacket ais(cencaru dah sejuk) dengan labu masak lemak tak pun telor bergolek masak kari. Air tentunya sirap ais. Doa dibacakan ... apalagi! Tapi lagu tak dimainkan bulan ramadhan beb!

Sejurus lepas berbuka

Biasalah sembahyang maghrib dengan perut penuh 2/3 air, 1/3 makanan dan tiada untuk pernafasan. Itu yang kadang-kadang waktu maghrib belayar begitu saja. Ada yang lebih baik 1/3 asap, 1/3 air dan seterusnya. Tak taulah yang mana lebih baik dengan yang mula-mula tadi. Bergegas lagi! Kemana ya? Tentulah sembahyang terawih bagi yang mampu. Itu pun confius jugak dengan perkataan mampu tu. Tak mampu sembahyang berdiri, duduk, yang itu adalah dengar dan banyak dibuat orang nampaknya. Bagi yang tak larat jugak kenalah kejar dengan buluh pagar oleh cikgu seni perusahaan. Pernah sekali dapat epal hijau dari seorang ustaz.

Lepas Terawih

Lepas tu dengan kain gombang sambung prep. Orang cakap study bulan puasa senang masuk. Tapi apa yang masuk tak taulah. Baru nak masuk gear dua dah habis waktu prep. Lepas tu adalah minuman ringan kat dewan makan. Roti ke, biskut mayat ke, kuih ke, aku tak peduli sebab ada agenda lain.

Agenda apa ya? Apa agenda ya? Bikkkkkkkk mengeliat aku kena buku ringkasan mengajar. “Mmm malam tadi buat apaaaaaa?” sambil kulit perut yang berkeroncong ni dicubit. Aku yang pisat-pisat  atau mamai memikirkan dimana aku?, bila ni? tersedar rupanya aku tertidur dan bermimpi didalam kelas. Jadi cerita diatas hanyalah mimpi, bak kata seorang ustaz “Bukanlah orang-orang sini (STJ), orang sini baik-baik”.



Badrul Hisham Md Zin - 2004

 



Memori 3 : those small thing you will not forget

Greeting all,

For those had experience schooling in STJ or let me say the Ex-STJrian, all those small thing happen in my life those day I will not forget. All those thing is the interesting time happen in my life.

The Water Tank



The resistance and the challenges is not break me anything and don't tell me how hard it is in the first year. The 2nd and 3rd year is much harder. See the photo above , the freshie is helping the senior washing clothes, ehhmm betul ka..or they are been torturing. Do you see me that kind of guy bullying in school those day..no I'm not... probably John Kayu and Rambo it is...they are good on this shouting to the junior.. our moment been bullying in school physical, verbal and emotionally are all those hard time we face together and it is repeated all over period from senior to junior.. See how hard they are in this picture..ha..ha..ha

The resistance is the thing that keep me and you all alive this day..and all small things happen between us those day make us truly friend..there is PRESTiJ 8286..


What say you

source: 
http://prestij8286.blogspot.com/2010/08/those-small-thing-you-will-not-forget.html



Memori 2

Jumaat, 27 September 1968. agaknya masa ni arwah emak telah diberikan tanda yang aku bakal di lahirkan. tak pasti samada pada masa tu jantina ku telah diketahui atau tidak. maklum la teknologi tak secanggih mana. Atau mungkin ada bidan atau orang orang tua telah meramal melalui fizikal emak pada masa tu. bagaimanakah agaknya emak keluar dari kampung linsum ke hospital seremban pada zaman tu. sudah ke namaku dipilih? atau idea untuk menamakan ku dengan nama yang 17 tahun kemudian seorang guru di stj menganggap namaku tidak terbawa oleh badan hadir selepas aku dilahirkan. Arwah Ayah, pada saat ini 45 tahun yang lalu berada di Malaysia Timur menjalankan tugas. tidak pernah pula dia bercerita di mana dia ketika itu. gilirannya berkawal ataupun sedang memerhati pergerakan musuh tidak pernah kuketahui. Juga tidak kuketahui samada beliau tahu atau tidak arwah emak telah berada di hospital dan aku bakal dilahirkan beberapa jam lagi. maklum la, telephone botol air pun belum wujud lagi. untuk kedua dua nya, alfatihah. terimakasih di atas segala pengorbanan dan didikan untuk memastikan anak mu ini menjadi hamba. 

Jumaat 27 September 2011, 11.40 malam, arwah ayah semakin tenat. kesan sengatan tebuan mula mengganas. toksin dari sengatan telah meracuni darah dan melumpuhkan vital organnya. beliau telah tidak sedarkan diri sejak beberapa jam yang lalu. perkataan terakhir dari mulutnya ialah "anak" apabila doktor menanyakan samada beliau kenal akan diriku atau tidak. beberapa jam kemudian, lebih kurang 2.30pagi, 28 September 2011, beberapa jam sebelum waktu aku dilahirkan arwah emak pada tahun 1968, beliau disahkan telah kembali kerahmatullah, berhijrah ke alam yang kita semua bakal menyusul. 

itu yo lah yang mampu dicatat

oleh: Umat Lokman




Memori 1 (ha ha, tiada kaitan dengan yang hidup atau yang mati....)

Kita menginsafi bahawa jodoh, rezki dan ajal itu di tangan Tuhan dan memang cinta remaja itu cinta monyet, masih belum mengenal erti kehidupan yang sebenar. Tapi, janji sekali dilafazkan, ianya tetap janji. Seperti kata-kata dalam lagu ini...



Indak dapek hey 
Musim menyiang
Ya tuan oi, ya tuan oi
Musim manuai 
Den nanti juo, den nanti juo

Indak dapek hey
Terago bujang
Ya tuan oi, Ya tuan oi
Baranak ampek
Den nanti juo, den nanti juo



3 comments:

  1. add la laie citor..best plak maco e ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best kan Samm?? Pehak Blok C x nak menyumbang ko? Ni boleh dimasukkan dlm Momento kito ni... Zed? Kesah sembahyang zuhur di Masjid Pilah?

      Delete